Tidak dapat disangkal lagi bahawa laman web anda adalah identiti perniagaan online anda dan oleh itu nama domain yang anda pilih harus selari dengan perniagaan online anda.
Setelah anda bersedia untuk membeli nama domain anda, perkara penting yang harus anda ingat adalah domain anda melambangkan perniagaan anda. Jadi untuk membantu anda, saya akan memberikan 6 langkah mudah yang boleh anda ikuti sebelum membuat pembelian domain anda:
1. Singkat dan ringkas
Antara perkara yang penting didalam pemilihan domain ialah nama domain anda mestilah ringkas, pendek, dan mudah diingati. Pengguna Internet biasanya tidak berminat untuk mengingati laman web yang mempunyai domain yang panjang, oleh itu strategi terbaik ialah untuk mencari nama yang paling pendek.. Sekurang-kurangnya, cubalah untuk mencari nama kurang dari tujuh pertkataan sahaja.
2. Dot apakah pilihan anda (.com, .net, .my)?
Didalam Internet, terdapat pelbagai pilihan dot yang anda boleh pilih. Namun pilihan yang terbaik mestilah .com . Dot com adalah domain extention yang terbaik dan terlama didalam pasaran. Bagi saya jika anda ingin meluaskan perniagaan Internet anda ke seluruh dunia, anda perlu memilih .com. Namun jika perniagaan online anda hanya tertumpu didalam Malaysia, anda boleh memilih .my sebagai pilihan alternatif.
3. Pilih pembekal domain / domain provider yang boleh diharap
Dalam memilih syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembekalan domain, langkah terbaik ialah memilih syarikat yang sudah customary yang mantap. Ini kerana disamping menawarkan perkhidmatan domain, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan lain yang mesra pengguna dan ianya adalah percuma. Perkhidmatan yang saya gunakan untuk semua domain-domain saya ialah Go Daddy. Perkhidmatan ini adalah termurah dipasaran dan antara yang paling customary didalam Internet.
4. Jika berminat, segera tempah
Anda harus menerima hakikat bahawa dengan perkembangan dunia Internet yang pesat ini, segalanya pantas berlaku. Apabila anda mempunyai sebuah domain yang diminati, segera menempah domain tersebut. Ini memastikan anda tidak terlepas dari memiliki dan menggunakan domain tersebut. Tidakan ini sangat penting walaupun anda masih belum bersedia membuat laman web anda sendiri. Jangan menyesal kemudian hari sudah!!
5. Tempah lebih daripada satu nama domain
Kadang-kadang tempah nama yang seumpama dengannya bukanlah satu tidakan yang merugikan. Sebagai contoh; jika anda mempunyai seduah domain tentang syarikat anda. pastikan juga anda memilih nama yang mempunyai nama seumpama dengannya yang lebih pendek dan mudah diingati.
6. Bertanya disekeliling anda
Apabila anda mempunyai beberapa cadangan tentang domain laman web anda, bertanyalah orang-orang disekeliling anda tentang nama domain anda tersebut. Mungkin bagi anda nama domain tersebut sesuai dengan anda namun bagi orang lain nama domain tersebut terlalu tidak sesuai. Cari jawapan bagi soalan-soalan berikut:
• Adakah nama laman web anda mudah disebut?
• Adakah ia sukar untuk dieja?
• Adakah anda perlu memberikan penjelasan tentang mengapa anda memilih nama tersebut?
Selepas anda sudah mendapat jawapan atas soalan-soalan ini, dapatkan domain tersebut dan mulakan startegi anda untuk menguasai dunia perniagaan Internet anda.
Sekian untuk hari ini…
Nik Mohd Zufadhli
Popularity: 3% [?]
Related posts:
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Powered by Yahoo! Answers